Powered by Blogger.

Produk E-booster terbaru!!!

Produk E-booster terbaru!!!
Hubungi sekarang 0136377823 untuk tempahan! ukuran Ebooster 17cmX5.5cmX19cm.

BERITA METRO

>> Friday, April 8, 2011

E-Booster jimat minyak

PENINGKATAN harga minyak di pasaran global secara berterusan, membebankan pengguna kerana mereka terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi.
Pengarah Urusan Azlya Enterprise Sdn Bhd, Darul Hisham Abdullah berkata, selepas membuat kajian lebih empat tahun dengan pelbagai kenderaan, pihaknya memperoleh satu rumusan berguna.

Bekas jurutera lulusan Universiti of Arkansas, Amerika Syarikat berkata, kajian itu mendapati faktor yang mempengaruhi penggunaan bahanapi kenderaan di negara ini adalah kecekapan pembakaran bahanapi yang rendah.

“Apabila kecekapan enjin rendah, penggunaan bahanapi adalah tinggi kerana kenderaan tidak dapat membawa beban dan pemandu akan menekan pedal minyak untuk lebih kuasa. Ini menghasilkan penggunaan petrol tinggi.


“Kuasa enjin yang tidak mencukupi berpunca daripada pembakaran yang tidak sempurna dalam kebuk pembakaran,” katanya.

Beliau berkata, antara 20 hingga 25 peratus bahan api digunakan untuk menjana kuasa manakala yang lainnya keluar ke ekzos sebagai karbon monoksida.

Bagi mengatasi masalah itu, Darul Hisham mencipta E-Booster iaitu alat menghasil gas hidrogen berasaskan air yang di suntik ke kebuk pembakaran melalui pengambilan udara.

Ia menghasilkan pembakaran sempurna dan menjana kuasa maksimum tanpa pengubahsuaian enjin atau sistem elektronik kereta.

“Dengan E-Booster, petrol RON95 yang berharga RM1.90 dapat memberi lebihan kuasa malah menjimatkan.

“Penjimatan sehingga 50 peratus mampu dihasilkan bila menggunakan E-Booster bersama petrol RON95 untuk perjalanan jauh,” katanya.

Maklumat lanjut, layari laman web, http://eboostergenerator.blogspot.com


LAGI AKHBAR TEMPATAN TENTANG HHO
Kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pengangkutan awam menggunakan teknologi hidrofuel yang boleh menjimat minyak sehingga 50 peratus.

"Kita perlu mengurangkan penggantungan kepada penggunaan petrol dan diesel dan mencari alternatif baru," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi.

Hidrofuel yang berharga RM1,300 setiap satu, adalah teknologi penjimatan bahan bakar alternatif yang berasaskan air, melibatkan separa kacukan semi-hybrid petroleum dan hidrogen.

Buat permulaannya, teknologi yang dibangunan oleh sebuah syarikat bumiputera, akan digunakan oleh 100 teksi dari pertubuhan pemandu dan pengusaha teksi, limosin, dan kereta sewa Malaysia.

Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

"Keputusan saya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 menyebabkan orang marah dan memaki hamun terhadap saya," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan harga minyak itu menyebabkan penggunaan pengangkutan semakin mendapat sambutan.



LAGI DI BAWAH

SEORANG pekerja Hydrogen Fuel Industries memasang kit hydrofuel di Shah Alam.

----------

KUALA LUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.

Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruh negara.

Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.

"Kami juga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untuk menjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami di Banting.

"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000 kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jika tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

KOTAK diod pemberi isyarat bacaan gas hydrofuel.

----------

Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.

"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam serta iat idak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuah kereta.

"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.

Halim yang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.

"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran

0 comments:

Post a Comment


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP